CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 31, 2012

~SEBEKAS KEK BUATMU~


SEBEKAS KEK BUATMU...

Sebekas kek ku simpan buatmu...
Tanda ingatanku kepadamu...
Tanda aku menghargai persahabatan kita..
Tanda aku menyayangimu sahabat...

Sebekas kek buatmu...
Tidak pernah langsung terlintas difikiranku untuk melukaimu...
Semua itu hanyalah kata-kata seorang insan yang dilukai...
Namun, ketahuilah olehmu, semua itu bukan untukmu shahabatku...
Semua itu bukan untukmu....
Kerana aku sangat menyanyangimu...

Sebekas kek buatmu...
Hubungan kita dah semakin hancur...
Tiadakah ruang untuk kita bersama lagi?
Tiadakah sedikit pun kemaafan darimu untukku?
Aku tidak pernah terlintas langsung untuk membuat hubungan kita sebegini...
Ini hanyalah satu salah faham...
Salah faham yang aku sendiri tidak tahu bila akan berakhir.

Sebekas kek buatmu...
Aku sayangkan kamu...
Aku sayangkan hubungan yang telah lama kita bina...
Aku  mencuba untuk menerangkan segalanya...
Namun, kemarahanmu mengatasi segalanya...
Maafkan aku duhai sahabat...

Sebekas kek buatmu...
Aku terkontang kanting dengan kehidupanku...
Tiada lagi teguran daripadamu dan sahabat-sahabat lain...
Semuanya kerana satu salah faham...
Kerana satu salah itu, aku seperti tunggul kayu di dalam kamar...
Yang tidak dipedulikanmu...
Namun aku tidak menyalahkanmu duhai sahabatku...

Sebekas kek buatmu...
Mungkin kamu sudah tidak mahu lagi untuk bersamaku..
Mungkin kamu tidak sudi lagi memandang wajahku...
Namun, apa dayaku lagi...
Aku terpaksa terimanya...
Jauh disudut hatiku ini menyatakan aku sayangkan hubungan kita...
Aku sayangkan hubungan yang telah kita bina sekian lama...
Sahabat...aku sayangkanmu...

Terimalah sebekas kek ini sebagai tanda persahabatan kita...
Hanya itu yang aku mampu lakukan...
Maafkan aku.... aku hanya insan biasa...












No comments:

Post a Comment