Lepaskan ia pergi??maksudnya apa??melepaskan sesuatu
benda atau perkara atau seseorang yang kita sayang. Sakit? Yup..sangat
menyakitkan..perkara ni biasa berlaku dalam diri sesiapa saja.. terpaksa
melepaskan atau pun dilepaskan adalah satu perkara sakit yang tidak dapat
digambarkan..
Bebaskan dia pergi..lepaskan..memang susah untuk
kita melepaskan sesuatu yang pernah menjadi kesayangan kita. Pernah menjadi peneman
kita dikala susah dan senang.. kata orang, memang senang untuk melafazkan
janji, namun begitu sukar untuk menunaikannya...
Subhanallah..sungguh menyakitkan..ibarat seluruh
dunia sedang melihat kita..melihat kita bersedih dan mentertawakan kita. Hanya
Tuhan tahu rasa sakit itu. dan hanya orang yang pernah merasainya akan rasa.
Bebaskan rasa itu. bebaskan rasa sayang kita itu.
biarkan kita bahagia. Jika dia boleh bahagia dengan meninggalkan kita, buktikan
kita juga boleh bahagia.
“ KETIKA
DITINGGALKAN SESEORANG, JANGAN BERFIKIR KITA INI TIDAK MAMPU UNTUK MENEMUI SESEORANG
SEPERTI DIA, TAPI BERFIKIRLAH BAHAWA DIA TAK MUNGKIN AKAN DAPAT MENEMUI
SESEORANG SEPERTI KITA”
Ketika sedang berduka, kata-kata semangat macam ini
lah yang selalu menjadi penguat kepada diri sendiri. tambah-tambah bagi orang
yang tak suka berkongsi hal percintaannya dengan sesiapa.. susah senang dalam
bercinta, semua ditanggung seorang diri. Pedih, terluka, tersentak, terkejut,
semua perasaan tu hadir serentak. Memang menyakitkan.. tambah-tambah lagi bila
awal-awal kejadian.. subhanallah...sungguh tak terkata.. terutama bila bangun
tidur. Rasa teringat sangat-sangat. Hanya Tuhan je yang tahu perasaan ni. Namun
kuatkan diri, cakap kepada diri sendiri yang Tuhan sedang menguji kita..
Macam-macam perkara yang kita akan lakukan bila
berada dalam situasi macam ni.... kak chierk hanya nak kongsi apa yang kak
chierk akan lakukan bila berada dalam situasi seperti ini..
JANGAN BERSENDIRIAN
Jangan bersendirian atau dalam
maksud lain ialah sentiasa berteman. Apabila kita bersendirian, secara
automatiknya kita akan berfikir tentang hal tersebut. Terfikir kenangan kita
bersama. Jadi, kita perlu berada dalam kelompok orang ramai. Apabila kita
bercampur dengan orang lain, secara tidak langsung kita tidak akan terfikir pun
tentang masalah yang kita hadapi.
PERCAYA KEPADA DIRI SENDIRI
Sesetengah orang yang mengalami
masalah ini dah akan rase down, rendah diri, malu dengan kawan-kawan yang tahu
mengenai hubungan kita dengan ex . biarkan perasaan malu itu pergi. Usah
benarkan perkara-perkara seperti itu menghantui kita. Percaya kepada diri kita.
Masih ada yang menyayangi diri kita. Kita masih ada keluarga, masih ada
kawan-kawan, masih ada segala-galanya. Yang tidak ada hanyalah “si dia”.
Percaya kepada diri kita bahawa ini suratan takdir kita dan kita akan dapat insane
yang jauh lebih baik daripada ex kita yang terdahulu.
HIDUP MESTI DITERUSKAN
Memang time ni kita akan rasa down
sangat. Rase macam diri inilemah, tak bermaya, rasa seluruh dunia gelakkan kita
disebabkan perpisahan ini. Namun, kita perlu cuba kuatkan diri kita. Hidup
mesti diteruskan. Jangan lemah dengan apa yang telah terjadi. Jika dia boleh
bahagia, kita pun boleh bahagia. Cuma kita perlu bangkit daripada kesedihan
itu. masih ramai lagi yang sayang kita.
TERIMA KEHADIRAN SI IDA YANG BARU
Mungkin ramai yang kurang
bersetuju. Yela, baru je putus, takkan cepat sangat nak cari yang baru. Ala,
semua ini tak mustahil jika EX kita tu bole hade pengganti kita, kita pun boleh
la. Cuma jangan keraskan hati tu. Kalau ade orang yang caring, sayang kita,
banyak bagi nasihat kepada kita, sentiasa ada ketika kita sedih, kenapa tidak
menerima dia? Terimalah orang yang menyayangi kita. Belajar terima dia
seadanya. Terima dia sepenuh hati. Namun, JANGAN TERIMA DIA HANYA KERANA NAK
LUPAKAN EX KAMU”. Jangan sesekali menerima seseorang itu kerana terpaksa,
kerana inin melupakan kenangan lalu.
DOA
Walau apa pun yang berlaku, kita
mesti ingat, kita masih ada Allah yang tidak pernah lupakan kita. Namun, kita
yang selalu melupakan-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Di samping kita
berusaha untuk mencari pengganti, untuk mengekalkan hubungan kita, kita perlu
juga berdoa kepada-Nya.. berdoa semoga hubungan yang terbina dan yang akan
terbina ini berkekalan. Walau apa pun yng terjadi, ingatlah, Tuhan sentiasa
memberikan yang terbaik kepada hamba-Nya....
Kita kena ingat, walau apa yang
terjadi, semua ketentuan Tuhan. So, sekarang WAKE UP!!! Mulakan hidup baru
dengan insan yang baru..apa-apa pun diri kita sendiri yang menentukan.. ANDA
MAMPU MENGUBAHNYA!!! Jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Jalan harus ke
depan!!
SETIAP DUGAAN YANG DATANG, ADA
HIKMAHNYA..SEPERTI TUHAN MEMBERIKAN PELANGI INDAH SELEPAS HUJAN TURUN..
BEBASKAN PERASAN SEDIH ITU!!!
TERBANGLAH SETINGGI YANG BOLEH!!! JADILAH SEPERTI RAMA-RAMA YANG BEBAS BERTERBANGAN
~ WAN MAZWANI ~
tetaplah kamu tersenyum walau badai yang
datang menimpa kamu. insyaallah, tuhan sentiasa ada bersama kamu..
No comments:
Post a Comment