CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 19, 2013

~ MARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN KITA ~

" SEGALA APA YANG DILIHAT, DIDENGAR DAN DIRASAI, KALAU DICATATKAN DENGAN JUJUR DAN BETUL ITU ADALAH MNJADI CATATAN SEJARAH YANG AMAT PENTING UNTUK PENGETAHUAN ORANG-ORANG YANG AKAN DATANG. CATATAN YANG BETUL AKAN TERUS HIDUP SELAMA-LAMANYA. " - (HARUN AMINURRASHID, 1982)


ASSALAMUALAIKUM....

ermmm...rasanya dah lama tak update blog ni. perasaan menulis tu kadang-kadang datang dengan tiba-tiba. begitu juga rencana yang telah ditulis untuk dihantar ke ruangan forum di dalam akhbar Berita Harian. Alhamdulillah rencana tersebut dikeluarkan pada 9 Julai 2013. sebenarnya ianya sekadar suka-suka. tetapi timbul rasa ingin menghantarnya ke ruangan forum berita harian..hehehhe.....


DRAMA MELAYU GUNA DIALOG 'ORANG PUTIH'


Bahasa Melayu adalah satu bahasa sejagat yang digunakan masyarakat setempat terutamanya di Maaysia. Di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang diguna pakai dalam kehidupan seharian. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, perdagangan, pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah Kerajaan Sriwijaya.


Dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ini dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Namun, sejak akhir-akhir ini, penggunan bahasa Melayu dikatakan tidak relevan dengan arus kemodenan sekarang. Semua mementingkan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris merupakan baasa asing yang juga penting. Namun, sebagau orang Melayu, terutamanya orang Malaysia kita perlu mempertahankan bahasa ibunda kita.


Teringat pada sebuah drama yang ditayangkan di televisyen pada 19 Jun lalu. Ceritanya amat menarik. Namun, ada yang menjengkelkan, iaitu penggunaan bahasa Inggeris. Dalam drama tersebut, penggunaan bahasa Melayu diibaratkan seperti tidak penting dan menjadi bahasa kedua.


Hal ini kerana penggunaan bahasa Inggeris yang terlalu banyak dalam dialog drama tersebut. Sehinggakan dalam satu ayat, bahasa Inggeris digunakan. Biasanya memang akan terdapat bahasa Inggeris dalam setiap dialog cerita Melayu sekarang. Namun, tidaklah sehingga satu ayat semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini tidak menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu tidak lagi penting. 


Kita sebagai warga Malaysia hendaklah mengagung-agungkan bahasa rasmi. Kita perlu memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Untuk memartabatkan bahasa Melayu ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Contohnya ibu bapa boleh memainkan peranan mereka dengan memperbanyakkna bahan bacaan dalam bahasa Melayu di rumah mereka. Hal ini akan menarik minat anak membaca dan secara tidak langsung meningkatkan kosa kata bahasa Melayu anak-anak. Selain itu, guru dan pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan unutk memartabatkan bahasa kebangsaan.








KERATAN AKHBAR



P/S : terima kasih diucapkan kepada pensyarah Kesusasteraan Melayu di UPSI iaitu Encik Ghazali Din yang  merangkap sebagai pensyarah penyelia tesis yang tidak putus-putus memberi semangat untuk menulis. terima kasih juga untuk beliau yang meluangkan masa untuk menyemak hasil tulisan saya ini sebelum dihantar ke berita harian...





No comments:

Post a Comment